Dari semasa ke semasa, kebanyakan blog melalui banyak perubahan, seperti
ada post yang ditambah dan ada juga post yang di delete oleh pemilik
blog. Dalam sesetengah keadaan, anda tidak mahu orang yang berkunjung ke
blog anda untuk melihat halaman 404 iaitu halaman yang akan dipaparkan
apabila post yang diklik oleh pembaca blog sudah di delete oleh pemilik
blog dan ini akan menyebabkan adanya broken link dalam blog anda dan
akan menjejaskan SEO blog anda. Salah satu cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini berlaku dan membuat trafik
yang datang ke blog anda melalui link yang sudah di delete pergi ke
arah yang betul adalah dengan menggunakan Blogger Custom Redirects yang
disediakan di dalam blog anda.
Cara Tetapkan Custom Redirects Dalam Blog |
Dalam tutorial blogspot
kali ini, kita akan lihat bagaimana untuk menetapkan custom redirects
untuk post dalam blog anda dan redirect URL lama kepada URL baru. Tapi
sebelum anda redirect mana-mana URL dalam blog anda, apa kata kita
tengok dulu jenis-jenis redirect yang ada. Terdapat 2 jenis redirect
yang anda perlu tahu iaitu:
1. 302 redirect
302 redirect bermakna bahawa page di dalam blog anda telah berpindah
buat sementara waktu. Redirect ini akan membawa pelawat blog kita ke
lokasi atau halaman blog yang sesuai supaya halaman 404 atau halaman
error tidak ditunjukkan kepada pelawat itu tadi. Anda boleh menggunakan
302 redirect untuk situasi seperti blog anda akan dilancarkan tidak lama
lagi ataupun ketika anda ingin menutup sekejap blog anda untuk
kerja-kerja ubahsuai template dan sebagainya.
2. 301 redirect
301 redirect bermaksud satu halaman dalam blog anda telah berpindah
secara kekal ke lokasi halaman yang baru. Gunakan 301 redirect apabila
anda ada delete atau ubah URL mana-mana post dalam blog anda. Dalam
kebanyakan kes, 301 redirect ini sentiasa digalakkan untuk SEO kerana
mereka akan pass link juice kepada halaman yang baru dan pelawat blog
anda juga akan dapat manfaat daripada ini. Walau bagaimanapun, 301s
tidak sesuai apabila anda tukar domain blogspot anda kepada custom
domain seperti domain .com atau domain .my , kerana ia hanyalah redirect
yang mana hanya dalam di blog yang sama, bukan kepada URL luaran blog.
Cara tetapkan custom redirects dalam blog:
Langkah #1
Login kedalam akaun blogger anda menggunakan email dan password anda.
Langkah #2
Klik pada nama blog anda dan pilih Setting > Search preferences . Kemudian klik pada "Edit" di bahagian seperti dalam gambar dibawah
Langkah #3
Masukkan URL lama post anda iaitu halaman yang telah didelete dari blog anda di bahagian "From"
Kemudian masukkan URL baru post anda di bahagian "To". Dan juga jangan lupa untuk tick pada bahagian "Permanent". Rujuk gambar di bawah.
Langkah #4
Last sekali anda klik pada "Save" yang dibawah "Permanent" dan selepas itu klik "Save changes" seperti gambar dibawah
Itu sahaja cara untuk tetapkan custom redirects dalam blog anda. Jika
anda mahu tetapkan lagi custom redirects untuk halaman lain dalam blog
anda,hanya klik pada butang "New redirect". Selamat mencuba tutorial blogspot untuk kali ini.
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan berkomentar